Rabu, 25 Mac 2009

ASAS PSIKOLOGI

Definisi

¨Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’.
¨‘Psyche’ bermaksud jiwa.
¨‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran yg dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme).
¨Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang.

¨“Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami
¨“The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular person’s character on their behaviour”.
(Cambridge International Dictionary of English, p.383).
¨“Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”.
(Henry L. Roediger dan rakan,1984).

¨“Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”.
(Kalat,1999).
¨“Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960).
¨“Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology).
¨Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

384-322 sebelum masehi
Kajian psikologi bermula di Greek purba
1595-1690
Konsep interaksionisme dan dualisme diperkatakan
1685-1753
Wujudnya aliran empirisme
1832-1920
Timbul aliran strukturalisme di Jerman
1867-1927
Bermulanya kajian strukturalisme di Amerika Utara
1859-1952
Timbul aliran functionalisme di Amerika Utara
1878-1958
Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara
1880-1843
Fahaman psikologi gestalt bermula di Jerman
1908-1987
Aliran humanistik diasaskan oleh Maslow dan Rogers
Aliran kognitivisme dipelopori oleh gestalt, Piaget, Vygotsky dll

(a) Aliran Interaksionisme

¨ Dimulakan oleh Rene Descartes(1595-
1650).
¨ Ahli falsafah dan pakar matematik
Perancis yg memperkatakan tentang
manusia terdiri drp ‘gabungan pemikiran
dan badan’ atau ‘jasad dan roh’.
¨ Menentang pendapat dualisme yg
menyatakan manusia terdiri drp jasad
yg terpisah drp roh.

b) Aliran Empirisme

¨Muncul pada abad ke 17 dan 18 di
England.
¨ Tokoh-tokoh spt John Locke(1632-
1704) dengan konsep ‘tabula rasa’,
iaitu jiwa manusia kosong semasa
dilahirkan, dan George
Berkeley(1685-1753).
Aliran konstruktivisme diasaskan oleh Glaserfeld, Piaget, Vygotsky dll

(c) Aliran Strukturalisme

¨Muncul di Jerman.
¨ Menumpukan kajian kpd pengalaman
sedar(apa yg boleh dinyatakan dlm
pengalaman sedarnya) dan afeksi.
¨ Tokoh spt Wilhelm Wundt(1832-1920)
telah mengkaji perasaan, sikap,
persepsi dan tanggapan individu
terhadap sesuatu keadaan.

(d) Aliran Functionalisme


¨ Timbul di Amerika.
¨ Di asaskan oleh John Dewey(1859-1952),
dan William James(1842-1910) yg dianggap
sebagai ahli psikologi Amerika yg pertama.
¨ Menekankan pengalaman sedar dan tingkah
laku(mengkaji bagaimana manusia
menggunakan mindanya untuk berfikir dan
menghasilkan tingkah laku).
¨ Proses mental sentiasa aktif dan berterusan.
¨ Dipengaruhi oleh teori evolusi manusia Darwin
dan falsafah pragmatisme(pemikiran praktikal
bukan teori).
¨ Digelar sebagai “Bapa Psikologi”.

(e) Aliran Behaviorisme


¨ Muncul di Amerika Utara.
¨ Di asaskan oleh J.B. Watson(1878-1958) yg
popular dgn Teori Pelaziman Klasik.
¨ Dlm “Psychology as the Behaviorist Views It”
Watson(1913) mengatakan psikologi ialah ilmu
yg mengkaji tingkah laku yg nyata(overt
behaviour).
¨ Tokoh lain spt Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull dll.
¨Aliran Behaviorisme juga dikenali sebagai
Associationism iaitu mengkaji kaitan
mental antara dua peristiwa atau idea yg
membawa kpd terjadinya pembelajaran.
¨ Menjalankan kajian ke atas haiwan.
¨ Prinsip pembelajaran atau tingkah laku
hasil drp kajian akan diaplikasikan kpd
manusia.
¨ Mengfokus kajian kpd tingkah laku
manusia dan menolak aspek kerohanian.

¨Aliran behaviorisme dipengaruhi oleh aliran
falsafah logik positif(logical positivism) yg
berpendapat bahawa semua ilmu atau
pengetahuan perlu disahkan melalui cara yg
empirikil atau pemerhatian yg sistematik.
¨ Mengemukakan konsep saintifik definisi
operasional(operational definition) yg merujuk
kpd proses peng
¨ Timbul di Jerman sebagai reaksi kpd
pendapat ahli strukturalisme.

¨
¨ Timbul di Jerman sebagai reaksi kpd
pendapat ahli strukturalisme.

¨ Berpendapat manusia mempersepsi
dunia dlm bentuk satu keseluruhan(unity
whole), atau ‘gestalt’ dari perkataan Jerman
gestalten yg bermaksud ‘keseluruhan’, ‘pola’
atau ‘terorganisasi’.
¨ Diasaskan oleh tokoh spt Max Wertheimer
(1880-1943), Wolfgang Kohler(1887-1967) dan
Kurt Koffka(1886-1941).
¨ Behavioris menegaskan bahawa tujuan ilmu
psikologi ialah untuk menghurai, menerang,
meramal dan mengawal tingkah laku.

(f) Aliran Psikologi Gestalt

¨ Timbul di Jerman sebagai reaksi kpd
pendapat ahli strukturalisme.

¨ Berpendapat manusia mempersepsi
dunia dlm bentuk satu keseluruhan(unity
whole), atau ‘gestalt’ dari perkataan Jerman
gestalten yg bermaksud ‘keseluruhan’, ‘pola’
atau ‘terorganisasi’.
¨ Diasaskan oleh tokoh spt Max Wertheimer
(1880-1943), Wolfgang Kohler(1887-1967) dan
Kurt Koffka(1886-1941).

(g) Aliran Humanistik


¨Diasaskan oleh Abraham Maslow(1908-1970)
dan Carl Rogers(1902-1987).
¨ Menekankan cara fikiran, pengamatan serta
interpretasi tentang sesuatu peristiwa atau
kejadian.
¨ Mempercayai bahawa individu bertanggung
jawab ke atas tindakannya(berusaha kearah
pencapaian matlamat hidupnya).
¨ Kuasa motivasi individu ialah
kecenderungannya untuk berkembang dan
mencapai pemenuhan kendiri(self-
actualisation). Konsep ini dipelopori oleh
Maslow.
¨ Individu mempunyai keperluan untuk
mengembangkan potensinya ke tahap maksima.

(h) Aliran Kognitivisme(Cognitivism)


¨Dipelopori oleh tokoh spt ahli psikologi
gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner
dan Ausubel.
¨ Berminat mengkaji pemikiran manusia,
persepsi dan penanggapan, kognisi,
metakognisi, kemahiran berfikir kritis
dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi
dll.

(i) Aliran Konstruktivisme (Faham Binaan)


¨ Timbul drp ahli-ahli psikologi kognitif.
¨ Diasaskan oleh tokoh spt Von Glaserfeld,
Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour
Peppert.
¨ Mengambil kira bagaimana individu
membina kefahaman terhadap bahan yg
dipelajari.
¨ Menekankan peranan aktif pelajar
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
¨ Kaedah yg sesuai untuk mengajar
Matematik dan subjek Sains(fizik, kimia,
biologi).

1.3 PENDEKATAN PSIKOLOGI


1.3.1 Pendekatan Behaviorisme
•Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kpd peristiwa yg berlaku dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kpd tingkah laku yg boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.
•Watson mengatakan bahawa aspek yg berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.
•Idea Watson ialah tingkah laku dan proses mental adalah hasil drp pembelajaran (Bernstein et al.,1994).

¨Menurut pendekatan behaviorisme
tingkah laku ialah satu siri gerak balas yg
berlaku dgn wujudnya ransangan.
¨ Pendekatan ini juga dikenali sebagai
psikologi ransangan gerak balas atau R-G
¨ Ahli psikologi behaviorisme spt Watson, Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike.

¨Pavlov(1849-1936), dikaitkan dgn konsep
pelaziman klasik.
¨ Eksperimen ke atas anjing bagi
menunjukkan perkaitan antara
ransangan(makanan) dgn gerak balas(air liur)

¨Thorndike(1874-1949) memperkenalkan
Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory Of
Trial And Error Conditioning).
¨ Prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh
ganjaran dan denda.
¨ Organisme akan membuat sesuatu yg
membawa keseronokan dan
mengelakkan melakukan sesuatu yg
membawa kesakitan atau
membahayakan diri.

¨ganjaran mendorong organisme
mengulangi sesuatu gerak balas.
¨ denda boleh menyekat organisme drp
melakukan sesuatu gerak balas.
¨ organisme mengaitkan gerak balas
tertentu dgn ransangan tertentu.
¨ jenis pembelajaran ini dilabel sebagai
“pembelajaran instrumental atau operan”.

¨Skinner(1904-1990) memperluaskan
Teori Thorndike.
¨ Terkenal dgn pelaziman operan yg
mengukur pengaruh ganjaran dan
dendaan.
¨ Eksperimen ke atas tikus dan burung
merpati.
¨ Dapat mengukur proses pembelajaran
dgn cara menukar frekuensi ganjaran
dan dendaan.

1.3.2 Pendekatan Psikoanalitik


¨Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh
proses-proses psikologi tidak sedar spt
konflik dalaman, dorongan(impulses),
kemahuan dan motif-motif yg tidak
disedari.
¨ Semua tingkah laku, normal dan abnormal
adalah hasil drp interaksi faktur genetik dan
persekitaran.
¨ Zaman awal individu penting dan memberi
kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi
individu.


¨Sigmund Freud(1856-1939) adalah
pelopor ahli teori psikoanalitik.
¨ Teori struktur personaliti Freud
membahagikan struktur psikik kpd 3
bahagian iaitu;
(a) Id
(b) Ego
(c) Superego.
(a)Id
¨Sumber dorongan dan nafsu yg diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamaddun).
¨Dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi(dorongan dan kemahuan kuat mempengaruhi tingkah laku).
¨Elemen psikik yg pertama mempengaruhi tingkah laku manusia.

(b) Ego
¨ Bertanggungjawab dan mengawal
dorongan dan desakan primitif id agar
mengikut kehendak persekitaran
(kehendak moral dan piawai etika
masyarakat).
¨ Beroperasi berpandukan prinsip
realiti(mengiktiraf permintaan atau
kehendak masyarakat yg realistik).

(c) Superego
¨ Merupakan sumber asal suara
hati(conscience) iaitu kebolehan
membezakan yg baik dgn buruk.
¨ Muncul bila kanak-kanak mula
mempelajari peraturan yg digunakan ibu
bapa utk menginterpretasi jangkaan
masyarakat.
¨ Secara evolusi kanak-kanak akhirnya
membina set piawai dalamannya sendiri.

¨ Freud percaya kerisauan(anxiety) dan
kemurungan datang bersama kehendak
superego yg melampau.
¨ Id, ego dan superego mempunyi
matlamat dan kaedah yg berbeza.
¨ Konflik dalaman wujud bila id dan
superego menguasai ego.
¨ Menurut Teori Freud, konflik antara id,
ego dan superego membawa kpd
kecelaruan mental.

¨ Psikoanalisis menekankan kesan
peristiwa silam terhadap kanak-kanak
apabila meningkat dewasa.
¨ Freud percaya kanak-kanak melalui
pelbagai tahap psikoseksual pada
peringkat yg ditetapkan.
¨ Pada setiap peringkat ada bahagian
badan yg membekalkan kepuasan
dorongan seksual.

¨Kanak-kanak yg melalui tahap oral, anal, falik,
latensi dan genital dgn memuaskan akan
menjadi orang dewasa yg normal.
¨ Kekecewaan atau kelebihan pada mana-mana
tahap menyebabkan fixation pada tahap
tersebut dan ini akan mempengaruhi
kehidupan dewasanya.
¨ Cth: Orang yg makan terlalu banyak di tahap
oral mungkin mempunyai fixation di tahap ini
dan menjadi gemuk atau penagih dadah bila
dewasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan