Rabu, 8 April 2009

KDP 14M OUM-PERSONALITI

Pengenalan:
•Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkahlaku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain.


4.1 MEMAHAMI PERSONALITI
(a) Definisi dan Elemen Personaliti
•Abdul Majid (1997):-
Personaliti adalah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dgn perlakuan manusia.
Menggambarkan sifat keperibadian seseorang.
Dikaitkan dgn perwatakan.
Boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.


•Murugian (1996):-
Personaliti ialah perwatakan yg lahir drp diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
•Gordon Allport (1980):-
Personaliti ialah tingkahlaku individu yg dinamis iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan persekitaran serta boleh menyesuaikan dirinya mengikut keadaan.


•Boon dan Ragbir (1998):-
Personaliti ialah jangkaan tingkah laku secara keseluruhan yg boleh diperhatikan dan dinilai secara objektif oleh orang lain.
Menggambarkan keseluruhan diri seseorang yg dinamik dan unik pada sesuatu ketika.


•Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona” bermaksud topeng, iaitu merujuk kpd penampilan luaran seseorang individu.
•Ahli-ahli psikologi berpendapat personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dsb.

•Pervin (1996), dlm Mitschel (1999:4):-
“Personality is the complex organization of cognition, affects, and behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the person’s life. Like the body, personality consists of both structures and processes and reflects both nature (gene) and nurture (experience). In addition, personality includes the effects of the past, including memories of the past, as well as constructions of the present and future.”

(b) Jenis personaliti
Introvert ialah orang yg sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata.
Kurang menyenangi bersama orang lain, lebih suka menyendiri, tidak suka dgn orang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percaya diri, pemalu dan pendiam.



Ekstrovert ialah orang yg lebih suka dgn dunia luar drp dunia dalam. Suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka.
Ambivert ialah orang yg menonjolkan ciri-ciri introvert dlm sesuatu situasi, dan ciri-ciri ekstrovert dlm situasi yg lain.

Jenis Personali
Carl Jung membahagikan kpd tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivertti



INTROVERT

Pendiam
Mempunyai sikap yg serius
Tidak mempunyai cita-cita tinggi
Suka kpd sistem kehidupan yg teratur
Banyak masa ditumpukan dlm mendengar pertuturan orang lain
Pemalu
Jarang mengambil inisiatif

EKSTROVERT

Mempunyai semangat yg aktif
Suka melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti sosial
Suka perubahan
Cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya
Mengambil inisiatif sendiri
Suka bergaul dgn orang


AMBIVERT

Aktif tetapi sensitif
Bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat
Suka berkawan tetapi memilih bekerja keseorangan


(c) Perubahan Personaliti

Faktor yg mempengaruhi perubahan personaliti:-
i. Genetik
•Bentuk tubuh badan boleh mempengaruhi personaliti.
•Kecerdasan fizikal dan mental boleh membantu menyelesaikan masalah yang berbeza.
•Emosi mempengaruhi personaliti kerana ia bertindakbalas terhadap rangsangan.
ii. Persekitaran
•Rakan sebaya, sekolah, guru, keluarga, masyarakat dan pengalaman awal kanak-kanak.

4.2 PERSONALITI DARI PELBAGAI PERSPEKTIF


(a) Perspektif Psikodinamik
•Freud menyatakan personaliti manusia terdiri drp 3 komponen iaitu id, ego dan superego.
(b) Perspektif Tret dan Sosial Behavioristik
•Teori Tret menyatakan seseorang individu mempunyai karekter yg boleh menentukan tingkah laku masing-masing.
•Teori Behavioris menerangkan personaliti dari aspek tindakbalas terhadap rangsangan luaran.


(c) Perspektif Kognitif dan Humanistik
• Teori Intelek
Dari aspek kognitif tingkahlaku manusia dipandu oleh kognisi masing-masing mengenai dunia di persekitaran mereka.
• Teori Humanistik
Manusia memainkan peranan yang aktif dlm menentukan tingkahlaku mereka. Ia berdasarkan pengalaman.

4.3 MEMAHAMI PERSONALITI PELAJAR

(a) Memahami Pelajar Bermasalah
Pelajar akan mengalami masalah apabila perasaan mereka terganggu dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(b) Pendekatan Menangani Pelajar Bermasalah
Guru perlu menggunakan komunikasi berkesan dan tidak menjatuhkan maruah mereka dlm menangani masalah.


(c) Strategi Mewujudkan Perkembangan Konsep Kendiri Yg Positif Dlm Bilik Darjah.
Murid dapat menyatakan secara jujur tentang matlamat hidup, cita-cita, keperluan, perasaan, kebolehan, perancangan dan kemahiran diri.
Konsep kendiri yg positif dapat melahirkan pelajar yg berkualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan