Ahad, 29 Mac 2009

TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA -BDK 14M

PETA MINDA


Diasaskan oleh Tony Buzan awal 70 an – berdasarkan fungsi dan rangsangan otak.
Otak kita dapat mengingat kembali dengan mudah maklumat dalam
bentuk :
gambar
simbol-simbol
carta
diagram
jadual
corak
perasaan
bunyi
emosi
keseronokan.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PETA MINDA


1. Kenalpasti tajuk
2. Tajuk utama di bahagian tengah – bentuk bulatan, empat segi,bintang,bujur dll.
3. Bentukkan cabang dari tajuk utama – hadkan kepada
5 @ 7 cabang. Gunakan warna yang berbeza.
4. Mengandungi kata kunci setiap cabang – satu perkataan
menggambarkan rumusam keseluruhan sesuatu idea.
5. Bentukkan ranting-ranting dari cabang utama untuk
memasukkan maklumat tambahan.
6. Gunakan simbol @ gambar menarik untuk membantu
ingatan

TEKNIK-TEKNIK BERKESAN MEMBUAT PETA MINDA


1.Tulis dengan terang dan jelas
2.Isi utama lebih besar daripada isi tambahan
3.Gunakan simbol dan gambar yang berkait rapat dengan diri kita
4.Gunakan anak panah, warna, corak – menunjukkan perkaitan
5.Cipta peta minda yang unik dan luar biasa serta kreatif
6.Cuba bina peta minda dengan pantas, spontan.
7.Boleh menggunakan secara melintang, mendatar dan menegak.
8.Mesti ada aura keseronokan semasa membuatnya.

KELEBIHAN-KELEBIHAN PETA MINDA


§Meningkatkan daya ingatan
§Semasa mengulangkaji mengurangkan kadar kebosanan dan keletihan
§Menimbulkan keseronokan semasa mengulangkaji
§Pemusatan dan tumpuan bertambah
§Mengurangkan lupaan,keletihan dan kurang minat
§Skop pemerhatian semasa mengulangkaji bertambah
§Banyak maklumat/kandungan pelajaran dapat diingat
§Banyak idea baru tercetus – hasil daripada pelbagai rujukan
§Fikiran menjadi lebih kreatif – warna,gambar,lakaran dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan