Sabtu, 28 Mac 2009

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Beri Tumpuan
* Hubungan mata
* kepada topik perbincangan
* Memancing Maklumat


Memerhati & Memahami
* Fahami caragaya pemikiran & tingkahlaku
klien semasa berinteraksi
* Catit tingkahlaku bukan lisan (body language),
percakapan/lisan, situasi
& konflik pada klien.

Tentukan Arah
* Klien & Masalah
* Isu persekitaran
* Juruskan klien kepada pemerhatian & persepsi
terhadap peristiwa & individu yang dibincangkan.
* Meningkatkan kemahiran untuk membuka dan menutup perbincangan klien
yangbersesuaian dengan keperluan sesuatu temubual

Kemukakan Soalan
* Soalan terbuka
* Soalan tertutup
* Arah tuju persoalan berkehendak dengan topik
perbincangan (masalah yang dikemukakan)

Penjelasan

Membuat agakan mesej asas klien dan menyatakan kpd klien. Menjelaskan yg kabur. Boleh juga meminta penjelasan
& “ Saya bingung, biarlah saya nyatakan apa yg telah anda katakan … “
& “ Saya tak begitu pasti yg saya telah faham.”
Kekeliruan mungkin kerana kaunselor tak beri perhatian
Cuba mengaku apa yg anda tak jelas mengenai yg dimaksudkan oleh klien
Cuba menyatakan semula atau meminta penjelasan.


Pengujian Persepsi

Andaian kefahaman kaunselor diuji:
“Anda nampaknya begitu meradang dgn saya, benarkah?”
“ Anda menyatakan kecurigaan, apakah saya dengar itu betul?”
Kesannya klien merasa difahami dan dapat mengelakkan komunikasi yg kusut.
Parafrasa dahulu, minta pengesahan, dan izinkan klien membetulkan persepsi anda jika tak tepat.

Memberi Fokus

Menumpukan penerokaan kpd sesuatu hal yg difikirkan berfaedah. Digunakan bila klien bercakap tak tentu arah dan tiada tumpuan.
Cth:- “Tolong huraikan dgn lebih khusus perasaan anda terhadap ibu anda”.
“Apakah perasaan anda semasa kita bercakap-cakap?”
“Mari kita berdiam sejenak. Saya cadangkan anda tutup mata anda dan cuba berdamping dgn apa yg sedang anda rasa …”


PERSEDIAAN PRA SESI
- LOKASI
- KESEDIAAN KAUNSELOR
- KESEDIAAN KLIEN


KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

1. PRA SESI – Kondusif/Teraputik
2. MEMBINA HUBUNGAN*
3. PENSTRUKTURAN
4. DORONGAN MINIMA*
5. KEMAHIRAN MENDENGAR*
6. REFLEKSI*
7. PARAPRASA*
8. KEMAHIRAN MENYOAL*
9. KONFRANTASI*
10. MERUMUS*
11 MEMILIH ALTERNATIF
12. MENGAMBIL TINDAKAN
13. KHIDMAT SUSULAN
14. PENAMATAN SESI
15. MENAMATKAN HUBUNGAN
KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN (Rappo)

- Suasana teraputik - tanpa ganguan
- Jarak – terlalu jauh/dekat
- Penampilan diri ksr-ganggu kln
- Ekpresi muka (wajah)- peka kln/ksr
- Pandangan/kontak mata- memberi perhatian/minat/hormat/galakan/jujur/selesa/
kesungguhan
- Kedudukan/pergerakan tubuh- memberi nada/makna dalam hubungan kaunseling
- Tergaru-garu – ragu/tak pasti/ cemas/risau
- Mengigit jari - tertekan/ragu/ cemas/risau
- Senyuman – persahabatan/penerimaan/ingin bekerjasama/mengejek/takut

T/LAKU ( Tanpa Lisan)

Menutup mulut dgn tangan
Saya perlu berhati-hati dgn kata-kata
Menarik nafas panjang
kesakitan
Melihat kearah lain dan bermain dgn sesuatu
Rasa malu
Meletak jari di pipi
Berfikir dgn serius
Senyum, tak ada yang mengelikan hati
Tidak memahami soalan
Melemparkan pdangan jauh apabila di soal
Mencari jawapan yang baik/alasan
Mengosok mata
sedih
Mengerakan badan kehadapan
berminat


Dorongan minima

- Tujuan – memberangsangkan kln/ ksr mendengar/faham/sdg mengikuti ceritanya
Contoh:
Kln: Saya nak bincang tentang pelajaran saya
Ksr: Ya!pelajaran awak ( sambil mengangguk)
Kln : Sejak akhir-akhir ni pencapaiannya
merosot
Ksr : Hmm! Hmm!

REFLEKSI- KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar berkaitan dgn refleksi
Isi/perasaan/pengalaman.
Refleksi Isi
Kln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi,
mencari srategi yang baik untuk saya.
Ksr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi paling baik

- Pergerakan tangan/kaki - berpeluk tubuh(tak selamat/tertutup/tak
sedia/negatif/defensif)
- Tangan dalam poket- menyembunyikan sesuatu
- Genggam jari - marah
- Kedua-dua tangan pegang kuat pada kurusi- rasa takut/risau

Refleksi - perasaan
Kln : Kadang-kadang saya sendiri tak faham, apa yang saya buat,semua tak kena ; yang dicari hanyalah salah sahaja. Apakah saya tak pernah betul?
Ksr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang anda alami ini?

Refleksi-Pengalaman
Cth :
Kln: Saya sebenarnya sgt sayang kpd anak isteri saya. Inilah yg saya tak faham, mengapa mereka sanggup meningalkan saya ? (sambil tunduk dan keliatan murung)
Ksr: Anda terlalu sedih sekali krn ditinggalkan oleh keluarga yg anda sayangi

PARAFRASA

• Pemahaman ksr yang dinyatakan dalam ayat yang agak pendek. Tujuanya untuk memberi peluang kpd. Kln mendengar kembali apa yg. dirasa dan dikatakannya.
• Cth:
• Kln: Cikgu, sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat menumpukan perhatian kpd pelajaran saya.Mcm mana saya nak belajar kalau ibu bapa saya asyik bertekak shj.
• Ksr: Ali berasa bosan kerana ibu bapa anda sering bertengkar sehingga Ali tidak dpt menumpukan perhatian kpd pelajaran

KEMAHIRANMENYOAL

Soalan Tertutup :
Cth: Anda telah berkahwin?
Anda rindu keluarga anda?
Siapa Teman sebilik anda?
Soalan Terbuka :
Cth : Apa perasaan anda?
Bagaimana anda boleh menjadi begitu hebat ?
Cuba ceritakan pengalaman kerjaya anda?


PERBANDINGAN ANTARA SOALAN TERTUTUP DENGAN SOALAN TERBUKA

SOALAN TERTUTUP(X)
SOALAN TEBUKA(/)
x -Mendapatkan jawapan khusus
/ -Membolehkan jawapan yang berbagai
x- Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan
/- Memerlukan jawapan yang panjang
x- Mendapatkan data
/ -Mendapatkan pandangan, sebab penerangan dan lain-lain
x- Menyekat respon klien
/- Membolehkan klien memberi jawapan yang tidak dijangka oleh kaunselor


MERUMUS

• Ksr perlu membuat rumusan setelah sesi kaunseling berjalan agak lama bagi
memolehkan klien memahami diri & masalah yg dihadapi.Ksr juga perlu merumuskan isi
penting perbualan sebelum menamatkan sesi.

Contoh
• Maknanya….
• Pendek kata….
• Ringkasnya….
• Oh….jadi….

KONFRANTASI

• Menggambarkan keadaan klien tidak kongruan antara yg dicerita dengan apa yg diharapkan tentang dirinya/apa yg dilihat oleh ksr
• Cth:
REBT (9 pemikiran tidak rasional)
• Di kitab mana ada menyatakan bahawa anda mesti disayangi oleh semua orang?
• Anda kata semua lelaki jahat tapi bagaimaa dgn bapa anda yg anda katakan tadi sebagai idola anda?
• Anda kata anda menyesali perbuatan anda tapi saya lihat anda masih boleh
tersenyum ?


"SELAMAT MENCUBA DAN MENGAMALKANNYA DALAM TUGASAN DAN HIDUP ANDA".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan